UNPERFECTFULGURLZ93

UNPERFECTFULGURLZ93
i'm lonely and tired..i missing you again .. ohh noo ! once again !

Saturday 5 November 2011




MASALAH KETAGIHAN LAMAN SESAWANG/LAMAN SOSIAL IAITU FACEBOOK DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM BAWAH  SEK MEN KEB TENGKU LELA SEGARA, MARANG.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU LELA SEGARA, 21600 MARANG, TERENGGANU DARUL IMAN SESI 2011 DAN 2012.

NUR ELEENA BINTI RUSLAN
930223-10-6306

UNIT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU LELA SEGARA, 21600 MARANG TERENGGANU




                                              BAB 1

                                         PENDAHULUAN

1.0         Pengenalan
Matlamat negara adalah untuk menjadi negara yang maju dan bebas daripada sebarang gejala sosial punca utama gejala sosial laman sesawang seperti facebook. Matlamat bagi Sekolah Menengah Kebangsaan tengku Lela Segara pula ingin menjadi sekolah yang bebas daripada sebarang gejala yang menular.
Facebook ialah laman sesawang atau laman sosial yang boleh menghubungkan kita antara satu sama lain di seluruh dunia. Facebook banyak kelebihannya iaitu kita dapat berhubung dengan seseorang yang jauh daripada kita, boleh mencurahkan idea dan pendapat kita anatara satu sama lain. Selain itu, kekerapan melayari akaun facebook banyak memberikan pelbagai kesan negatif.






Kajian ini dijalankan pada pelajar tingkatan enam bawah bagi sesi 2010/2011. Soal selidik dijalankan ke atas sebahagian pelajar tingkatan Enam Bawah ( 6B1, 6B2, 6B3, 6B4 dan 6B5 ). Soal selidik dijalankan untuk mengetahui persepsi mereka terhadap ketagihan mereka melayari laman sesawang seperti facebook itu.

1.1       Penyataan Masalah
                        Masalah yang dihadapi pada masa ini adalah menularnya pelbagai kesan negatif kesan ketagihan akaun facebook dalam kehidupan seharian. Oleh itu adalah wajar untuk membetulkan persepsi pelajar ke atas cara penggunaan laman sesawang dan laman sosial yang betul dan menghadkan penggunaan facebook dalam kehidupan seharian. Bagi pelajar tingkatan enam bawah yang bijak menggunakan laman sesawang itu, mereka mempunyai persepsi penggunaan laman sesawang yang betul dan tidak akan mengalami sebarang masalah.






1.2       Objektif kajian
            Dalam kajian ini, pengkaji ingin meninjau dan mencari cara pemakanan sukan dan persepsi mereka terhadap ketagihan melayari laman sesawang seperti facebook itu bagi pelajar tingkatan Enam Bawah bagi sesi 2011/2012 di SMK Tengku Lela Segara untuk mencapai penggunaan laman sesawang yang maksimun. Diharapkan juga, melalui kajian ini penilaian boleh dibuat terhadap corak penggunaan laman sesawang bagi pelajar tingkatan Enam Bawah SMK Tengku Lela Segara melalui objektif berikut :
a)    Mengenalpasti persepsi pelajar tingkatan Enam Bawah terhadap penggunaan laman sosial seperti facebook.
b)    Mengenalpasti bentuk penyelesaian yang dapat membantu mengurangkan ketagihan akaun facebook.

1.3       Definisi Operasional
           
            1.3.1   Pelajar tingkatan enam bawah di SMK Tengku Lela Segara adalah pelajar yang mengikuti pembelajaran sukatan Pra-Universiti atau Sijil Peperiksaan Tinggi Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, Marang bagi sesi 2011/2012.
           



1.3.2   Akaun Facebook adalah laman sesawang atau laman sosial yang sangat popular pada masaa kini. Facebook menjadi kegilaan para remaja pada hari ini. Laman sesawang ini dapat menghubungkan kita dengan ramai orang di seluruh dunia. Kelebihan facebook ialah kita dapat menambahkan ramai kenalan dari seluruh dunia dan kita boleh mencurahkan berbagai-bagai idea antara satu sama lain.
1.3.3   Bahasa Rojak dan Kesalahan Tatabahasa ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris tetapi dicampurkan dalam satu ayat contohnya ialah “you fikirlah yourself”. Selain itu, pelbagai kesalahan bahasa dapat dilihat melaui ejaan perkataan dalam akaun facebook, keringkasan ayat seperti bahasa Pesanan Khidmat Ringkas (SMS) dan pelbagai ayat yang direka pada masa kini.
1.4 kepentingan Kajian
            Kajian ini adalah bertujuan untuk membantu warga di SMK Tengku Lela Segara dalam meninjau persepsi pelajar tingkatan enam bawah dalam ketagihan penggunaan dalam laman sesawang. Kajian ini juga bertujuan membantu menangani masalah ketagihan ber”facebook” disebabkan tidak pandai mengehadkan penggunaan laman sesawang. Mengehadkan penggunaan laman sosial juga amat penting dalam meningkatkan tenaga



pelajar untuk menjalani kehidupan harian seperti berada di sekolah dan sebagainya.

Dalam era gaya hidup sihat yang menuju ke wawasan 2012 bebas daripada sebarang masalah yang berpunca daripada corak penggunaan laman sesawang mereka. Tindakan ini akan menjayakan wawasan 2012 untuk masyarakat bebas mengamalkan gaya hidup sihat.

1.5 Batasan Kajian
            Para pelajar tingkatan enam bawah bagi sesi 2011/2012 yang terdiri daripada pelajar yang ketagih akaun facebook dan pelajar yang mengehadkan akaun facebook dalam kehidupan seharian mewakili kelas (6B1, 6B2, 6B3, 6B4, dan 6B5) terhadap persepsi ketagihan laman sesawang. Kajian ini dijalankan kepada 40 orang pelajar tingkatan enam bawah sahaja.






                                                   BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0         Pengenalan

Bab ini mengkaji kajian-kajian lepas yang telah dijalankan dan dijadikan sebagai bahan bukti. Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pengetahuan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar tingkatan enam rendah serta faktor demografi yang mempengaruhinya.
            Kesihatan merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat sudah pasti dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO 1948), mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas serta bebas dari sebarang masalah.


No comments:

Post a Comment