UNPERFECTFULGURLZ93

UNPERFECTFULGURLZ93
i'm lonely and tired..i missing you again .. ohh noo ! once again !

Friday 29 April 2011


Nurennlleeynnaa…
     Aku sebak…mendengar kisah kau bersama dia. Tangisan semakin kuat bila aku melihat sendiri mesranya kau bersama si dia. Silap akukah kerana tidak pandai menjaga hubungan kita itu? Sedih… Hati semakin sepi…Namun, lara hatiku seketika Cuma. Ia diketuk seseorang yang amat menyayangi diriku seadanya. Cinta aku dan dia terkubur di situ tanpa nisannya. Ah! Biarlah ia…tak guna aku ingat lagi kisah lama. Waktu ini…Andai cinta baru ini baik semaiannya, maka tumbuhlah debunga cinta, mekar newangi semesta. Diari hatiku berlagu rindu. Malam-malamku bagaikan indah…tak sabar menanti hari siang untuk bertemu dengannya pujaan kalbu. Teruna dan dara…dalam satu ikatan cinta? Benarkah perasaan ini dikatakan cinta? Kini sudah tiada beza suka dan duka, kerana hari-hariku riang dengan nada seiring. Melodi indah menghiasi diari hatiku. Ermmn…harum semerbak…langkahku semakin bersemangat. Jiwaku tekad..hatiku keramat! Hanya engkaulah pujaan hati. Yang lama ku tinggalkan pergi. Yang lama hanya kenangan, bukan abadi, tetapi ngeri…Sudahlah! Aku tak mahu simpulkan cerita itu lagi. Simpulan mati itu pengakhir cerita kami. Semoga diari hatiku terus berwajah gembira tanpa lara, tanpa duka, tanpa sengketa…

No comments:

Post a Comment